Wednesday 23 May 2012

alahai cikgu sekolah memandu II


alahaiiiii..
cik a..
huhuhuhu..
aku xtau nk komen apa..
jgn sedih2..anda hanya gagal kat 3 penjuru je..y lain smua lepas dengan jayanya..
cuba lagi awal Jun neh yaaa...

cik z..
tahniah kerana lulus..
lepas ni boleh bawak aku ronda2 x?? hheheehe..=)

cik k..
jgn putus asa..
cuba lagi..gagal berapa kali sekalipun bukan bermakna x ada peluang untuk berjaya..

cik2 n encik2 lain yang gagal pada hari tersebut..
redha je laaaa yeee..
yang lulus..tahniah..

sekolah memandu tersebut..
tahniah company anda akan kaya dengan cepat..
cepat kaya..cepat sangat2..

p/s : sukati aku la nak nyibuk2...
salam semua..
semalam masa aku xberapa boleh tido..
tiba2 aku terpikir idea..
yaaaa..idea..
hahahahaha
angpa nak tau x??
xpa..aku cerita juga..

okeh memandangkan aku boring tahap gaban..
mau x nya..dah nak subuh pun..
mata dok terkebil2 lagi..
fuhh letih ooo kalau bersituasi begini..
so..
aku pun terfikir sejenak..
apa kata aku buat sesuatu diluar dari kebiasaan..
yang pastinya..sesuai sekali dibuat terhadap roomate anda..
hahahahaah

berikut antara idea2 aku..

1. masuk bawah katil roomate angpa..kemudian ketuk dari bawah..
ya dekat papan katil dia..ketuk macam ketuk pintu.
pastikan diaa terjaga..
bila dia tanya..
cakap je..bukak la pintu weyyhhh..
pastu keluar dari katil..
dan angpa sambung la tidoq terus..

2. cara lain...tutup kipas..
kemudian..buka semua lampu..
termasuk semua lampu study..
lepas tu.. angpa selimutkan diri angpa..
bila dia terjaga dek terlampau panas..
angpa cakap..sorry sejuk sangat weyhhh..
cakap dalam keadaan suara bergetar2..

3. dalam keadaan roomate yang telah tido..
bukak cerita sedih..lepas tu gelak kuat2..
bila dia marah..cakap je..aku sangat tertekan sekarang ni..
tolong diam!!..
diammmmmm!!!..
pastu tutup laptop..terus tidur..

fuhhh..banyak sebenarnya..aku xtau la angpa rasa logik ke tak kan..
okeh meh kita tgk yang seterusnya..

4. buka pintu..kemudian tutup dalam keadaan kuat..
yaaa sampai roomate terjaga juga..lepas tu..
katakan kat dia..
aku mimpi dia datang..
bila dia cakap sapa??
cakap jer..tengok la sendiri..
'dia' ada kat luaq tuh...
bila roomate angpa p tgok luaq..
jerit kuat2..
tengokkk!!! 'dia' dah masukkk!!..

5. buat macam nak pergi kuliah..
buat macam iron baju..buat kuat2..
kemudian..
siap2.. pakai cantik2..
sembur minyak wangi kasi bau satu bilik..
agak roomate dah jaga..
bila dia buat muka penuh tanda tanya,,
cakap...'dah sampai masanya'..
tolong lepaskan aku pergi...
agak roomate tunjukkan respon..
angpa apa lagi..
salin pakaian..n terus tidur..

hahahahha..mudah kan kerja aku??
okeh so aku tengah pikir..
yang mana satu aku nk try nehhh..
ahhahaahahhaha..aku tetap akan buat..
for my lovely roomate..
cik yana..saya just kidding k..
heheheheheh..=)

sila buat muka cumil setiap kali roomate anda marah...


Sunday 20 May 2012

alahai cikgu sekolah memandu..=P

salam malam..

hai semua..hahaha
rasa macam lama x buat kerja ni..hahahaha
okeh harini aku nk cerita pasal cikgu di sekolah memandu kereta..
aku telah dengan jayanya memperoleh lesen b2 dan D sebelum usia ku menjelang 20 tahun..
x awal sangat dan xlah lewat sangat..
ok so..aku xnak cerita pasal kisah aku ambil lesen..xmenarik pun.
aku nk cerita pasal rakan2 aku yang bakal bertemu JPJ esok hari ..
ye leee.. test JPJ katakan..
tapi sekolah memandu ini utara kedah darul aman iaitu Sekolah Memandu macam2 aih(dirahsiakan)..

fuhh nak habaq mai..
angpa tau x.. ak bagi contoh rakan aku CIk A..
Cik A ne dah la esok nk JPJ..
so semalam dengan hari ni..aku apa lagi.. try la test dia tengok..
bukan apa.nk tolong membe.. aku nk sangat dia lulus esok..

apa yang aku tengok..cikgu dia ajar bukan main lagi..
(berdasarkan cara Cik A neh bawa)
aku bukan nk kata..cikgu dia ajar dia..macam dia nk p drift..
cikgu..!!
kawan saya ni..baru nk belajar memandu..
cikgu ajar la tertib2 dia..bukan biar dia bawa ikut suka..
bila aku tanya kenapa ang buat macam tu..macam ni..
"cikgu tu ajar macam tu".. ni jawapan dia..

tengok cara Cik A neh pulas stereng pun boleh nmpak la..
alahaiiiii cikgu..
geram pula saya dengan cikgu nihh..
lepas tu..cikgu kata la dia bawak kalut..
dia bukan kalut cikgu..
selepas aku tunjukkan kat cik A cara pegang stereng..
bila dia bwak cara ak ajar..sopan sikit aku tengok..xkalut pun..

alahai cikgu ...
lagi cikgu cakap apa kat dia..??
macam la aku xtau..
cikgu cakap...
"baik xpayah bawa kereta"..
cikgu.. gaji cikgu..pelajar yang bayar cikgu..
tugas cikgu..ajar bagi faham..
bukan tau nak marah bila dia buat silap..

alahaiiiii cikgu..
aku tau la.. xsemua cikgu macam tu..
tapi aku tgk, cikgu dah silap banyak..
cikgu ajar seolah2 cikgu nak dia ulang lagi..
dengan itu keuntungan berlipat ganda..yeee x?
patut lah bos company cikgu boleh pakai kereta mewahhhh..

dan kepada kawan aku tuh.. Cik A..
aku pun sama laa..
aku bukan nak marah2 ang sepanjang dua hari ni.
tapi aku geram tengok..
ang dah nak test esok..
tp cikgu tu buat xnmpak je silap ang..
aku x salahkan ang..

Cik A.. aku tengok hari ini..
ang pun tertekan dengan aku kan
aku lagi laaa..aku just nak ang lulus JPJ esok..
aku tengok ang boleh buat..
harini apa yang aku ajar ang..
ang dapat buat dengan jayanya..
aku marah ang sbb aku sayang nyawa ang..

bila kita atas jalan..
ketika memandu..
nyawa kita di hujung2 jeee..
aku xnak pegawai JPJ tu ...
boleh macam2 ngan ang..
aku nak x ada pangkah (X) esok..

kepada cikgu2 di sebuah sekolah memandu tu..
saya nak pastikan esok.. rakan2 saya yang terlibat dalam Ujian JPJ lulus..
xkisah la rakan y test buat kali Pertama, kedua mahupun y ketiga..
terutamanya seorang lagi rakan saya y sememangnya sudah mahir memandu.(cik Z) jika tidak..saya akan pastikan sekolah memandu cikgu mendapat liputan media..
puas hati akuuuu!!!..

kepada rakan2 aku tuh..
CIK A..
CIk Z..
n cik K juga..jgn langgar2 k..
hahaahahah..semoga lulus Ujian MEmandu esok..
aku doakan korang semua luluss..
aku plak rasa xboleh lena kang..

hahahaahah
kepada cikgu2 memandu saya dulu..
terima kasih atas tunjuk ajar cikgu..
saya dah boleh drift dengan jayanya..hahahahaah
(ops y tuh ak blajar sndiri- cikgu aku dah larang..)

=)
sekian dengan jayanya..menanti hari esok..



Friday 11 May 2012

Perubahan!! Nak!!..Nak!!..

malam semua...
untuk merapatkan lagi dan rasa lebih mesra,,
hamba telah sepenuhnya merubah gelaran hamba..
hamba akan menggunakan ganti nama --> aku..
amacam? angpa boleh terima x??
hahahahha..orang utara mmg x boleh lari dari bahasa nya y sempoiii naaa...

okehh hari ini aku nk cerita sikit cita-cita aku..
pa diaaa la aku nk jadi yaaa..?

okkk...
masa aku kecil2 dulu..
aku bercita-cita untuk mengubah dunia.
jadikan macam dunia y penuh dengan keadilan.xmau perang2..wahh gitu..


Apabila aku meningkat remaja,
remaja xlah remaja sangat..PMR gitu..hahahaa
aku mula rasakan cita-cita itu terlalu tinggi,
walaupun masa tu aku pun tinggi..hehehehe
Maka suka atau tidak..aku pun ubah fikiran utk mengubah negeri aku saja.
ye aku bangga dengan negeri aku..
PERAK DARUL RIDZUAN..

mana2 yong n yeop tuhh..mesti bangga dengan aku..
tapi satu ja yang aku kureng sikit..
aku xpandai labong perak.. 
ate bukan ape.. duduk sempadan kedah/peneng..
kui2..jgn marah org negeri teman yerrr..

ok teruskan..td sampai kat nak ubah negeri kan?
ok apabila aku makin meningkat dewasa,
dewasa tak dewasa sangat.. dalam SPM gitu..
Aku rasakan cita-cita ini juga terlalu tinggi,
Jadi aku pun merancang untuk mngubah kampung aku sahaja.
hahahah..kampung aku yang aku sayang tuh..
Jalan GULa namanya.. sbb tu aku kalau bancuh air ja..
nak habaq kat angpa..manis sungguh...
nak kata gula free..x juga kan..

sambung cerita la plak..
Apabila aku sedar, ini juga mustahil untuk aku lakukan,
yelaaa tara mana sangat aku nih..
so aku  cuba pula untuk mengubah keluarga aku.
keluarga aku ada 10 orang semuanya..
termasuk mak n abah..
ramai tuh..boleh buat yayasan ooo..
macam2 la aku nk buat .. maksud aku..ubah..hehhehe


Sekarang aku sudah hampir tua,
tua xsangat la.tp aku rasa macam tua ja..
baru aku sedar bahawa aku
Seharusnya bermula dengan mengubah diri aku sendiri terlebih dahulu.
angpa nampak x kat situ..
cita-cita boleh tercapai..tp xboleh atas terus..
slow2 dari bawah..
pasang matlamat pun xsalah..
yang penting kena ada usaha ke arah tu kan..
haahhaahahah..


so sebabkan aku baru 23 tahun (2012)..
so ak masih sempat lagi kann? hahahahahah


nowwww!!! 
aku nak ubah diri aku..
aku mungkin dapat mengubah keluarga aku, kampung aku, negeri aku dan mungkin dunia…
Siapa tahu????


hahahahahahhahaha..sekian entry kali ini...

Thursday 10 May 2012

sUDAh CuKUP suDAh...



Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Korus:
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin tersiksa
Lebih baik ku pergi saja
Telah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu
(nirwana band)


haaaaa...nyanyi2 plak dahh..
hamba dulu x layan sgat lagu nehh..sekarang dah mesti rasa nk dengar..
lagu cinta tidak semestinya hanya untuk pasangan bercinta..
hamba menzahirkan rasa cinta dan kasih sayang kat keluarga n kawan2 hamba..
yelaa hamba tak ada kekasih halal lagi..kui2.


dan adakalanya.. 
kerana terlalu 'caring' terhadap rakan y sama jenis..
secara tidak langsung menimbulkan masalah..
apabila perasaan kasih sayang kita disalah ertikan..
ohh macam mana tu yaa?


tak kisah la apa orang nak cakap mengenai cara hamba caring dengan rakan2 hamba..
yang pasti hamba berpegang pada ajaran islam..
INSYAALLAH..


meh kita share sikit..bagaimana RAsulullah S.A.w.. menggariskan panduan memilih sahabat..



1) Hindari daripada berkawan dengan yang buruk perangai dan akhlaknya
Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan dikenali sepertinya." Sabda Baginda lagi : "Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya." [Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud]
 2) Menegur kesilapan kawan di atas perkara yang benar
Ubaidah Ibn As-Samit berkata: "Rasulullah S.A.W mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya. Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah." [Hadis riwayat Muslim]
 3) Membantu kawan ketika kesempitan 
Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat." [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]
haaa sahabat sekalian..
cer semak balik.. ada tak sahabat kita seperti mana saranan2 RAsulullah s.a.w??
nak pilih sahabat..biarlah yang benar2 baik dan ikhlas untuk menjadi sahabat..
biarlah sahabat sikit sekalipun..asalkan..mendorong kita ke arah kebaikkan dan mencegah kepada kemungkaran..
yeee takk??
ALHAMDULILLAH.. hamba dikurniakan sahabat yang memahami.. (>_______<)





Sunday 6 May 2012

AFTER ALLAH..n Rasulullah.who next--> ur mother.. n next..--> ur mother..

Ok sblum memulakan.. meh kita hayati sedikit bait2 lagu tersebut..


who should i give my love to?
my respect an my honor to
who should i pay good mind to?
after ALLAH ..
and Rasulullah.. 


comes your mother..
who next? YOUR MOTHER..
who next? YOUR MOTHER..
and then??
YOUR FATHER.


Cause who used to hold you 
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you


When you were sick 
Stay up all night
Holding you tight
That?s right no other
My mother


Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk


And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother


ALHAMDULILLAH.. THANK YOU ALLAH... 4 my MOTHER..

okeh meh hamba perkenalkan..individu yang hamba sangat2 sayang di dunia ini...
sudah tentu lah.. beliau y telah banyak berkorban masa dan harta semata-mata untuk hamba n adik beradik y lain..di tambah plak dengan kasih sayang yang xpernah kering..fuhhhhh.. mmg dasat hamba cakap..


huuuuu..sedih sungguh bila hamba fikirkan.. hamba sentiasa membayangkan y hamba xmmpu nk balas jasa ibu hamba..
membesarkan kami yang 10 orang neh,,hehehehe..

ini matlamat hamba sebagai seorang anak ..(macam janji juga ler.)
> akan bawak mak tunaikan UMRAH n HAJI...
> akan jadi anak y solehah..(insyaALLAH)
> akan sentiasa membahagiakan mak...(walaupun xleh setanding mak)
> akan membalas jasa mak( sekudrat hamba)..
> akan menjaga mak dengan penuh kasih sayang (selagi hayat hamba dikandung badan)
> lastly ...... mak..bnyak sgat cita2 kita kat mak.. kita harap..kita dapat penuhi.

~~~~ hamba berharap..umur hamba dipanjangkan..sempat hamba penuhi matlamat hamba terhadap ibu hamba.~~~~

kalian...
ingatlah..dimana ibu anda sekalipun..
sayang lah..sanjung lah beliau seadaanya..
jgn kerana sedikit percanggahan..
kalian membuang jauh ibu kalian..

kalian..
ketika kita dewasa..kita dah rasa terlampau bebas..
n merasakan..ibu sudah tdak berhak u menentukan hala hidup kita..
tetapi sedarkah kalian..
sekiranya kalian JATUH nnti.. TANGAN manakah y menghulur..
masa tu..kawan entah kemana..
ohhh sebut pasal kawan.. nnt hamba akan ceritakan mengenai kawan..

kalian..
rAhmat ALLAH luas..
dan salah satu nya..
IBU kita..
sesungguhnya..
biar miskin harta..asalkan kaya kasih sayang..

huuuu.. rasa sedih plak.. 
meh kita sama2 memanjatkan doa buat ibu bapa kita..

~~Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.~~

Bermula lahhhhh... talk less..listen more..

bismillahirahmannirahim..

test..test..test...
1
2
3
okehh2..

salam perkenalan buat semua..(gugup sikit)

perrrhh masih baru dalam donia teknologi..
hahahaahha..
kalau la ada sifu y leh tunjuk ajar.. sila laaa..
okeyyhhh..semoga kehadiran hamba dalam donia blog nehhh..
secara xlangsung dapat la hamba menambah ilmu y xseberapa ini..
kedatangan hamba baik..minta disambut baik laaa..
hehehehe..

semoga kehidupan kita semua di berkati...aminn..
Alhamdulillah...=)