Thursday 10 May 2012

sUDAh CuKUP suDAh...



Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Korus:
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin tersiksa
Lebih baik ku pergi saja
Telah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu
(nirwana band)


haaaaa...nyanyi2 plak dahh..
hamba dulu x layan sgat lagu nehh..sekarang dah mesti rasa nk dengar..
lagu cinta tidak semestinya hanya untuk pasangan bercinta..
hamba menzahirkan rasa cinta dan kasih sayang kat keluarga n kawan2 hamba..
yelaa hamba tak ada kekasih halal lagi..kui2.


dan adakalanya.. 
kerana terlalu 'caring' terhadap rakan y sama jenis..
secara tidak langsung menimbulkan masalah..
apabila perasaan kasih sayang kita disalah ertikan..
ohh macam mana tu yaa?


tak kisah la apa orang nak cakap mengenai cara hamba caring dengan rakan2 hamba..
yang pasti hamba berpegang pada ajaran islam..
INSYAALLAH..


meh kita share sikit..bagaimana RAsulullah S.A.w.. menggariskan panduan memilih sahabat..



1) Hindari daripada berkawan dengan yang buruk perangai dan akhlaknya
Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan dikenali sepertinya." Sabda Baginda lagi : "Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya." [Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud]
 2) Menegur kesilapan kawan di atas perkara yang benar
Ubaidah Ibn As-Samit berkata: "Rasulullah S.A.W mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya. Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah." [Hadis riwayat Muslim]
 3) Membantu kawan ketika kesempitan 
Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat." [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]
haaa sahabat sekalian..
cer semak balik.. ada tak sahabat kita seperti mana saranan2 RAsulullah s.a.w??
nak pilih sahabat..biarlah yang benar2 baik dan ikhlas untuk menjadi sahabat..
biarlah sahabat sikit sekalipun..asalkan..mendorong kita ke arah kebaikkan dan mencegah kepada kemungkaran..
yeee takk??
ALHAMDULILLAH.. hamba dikurniakan sahabat yang memahami.. (>_______<)





No comments:

Post a Comment